Wednesday, November 19, 2008

Mega Flea Market Istimewa di ARRD 2008

MEGA FLEA MARKET di ARRD 2008

Tarikh 13 Disember 2008 Lokasi : Laman hadapan Bungalow majlis ARRD 2008 Port Dickson

(pertanyaan lanjut berkatan barangan yang akan di jual boleh menghubungi laman di bawah)

Mega Flea Market Dec 08 kembali,jualan ICOM,Yaesu,Kenwood, antenayagiHF 10m-80m, Rotary dipole,Larsen, 'Diomond' , Comet dan banyak lagi.kali ini diadakan di Amateur Radio Reunion Day (ARRD08) Port Dicksonpada 13hb Disember 2008.

1) http://www.wavecommunications.com.my/
(Connector, antenna, kabel, microphone, Balun utk dipole, Kabelprogramming radio seperti kenwood, Yaesu, ICOM, Kenwood, HF, VHF,HF/VHF/UHF, GPS Garmin etc)

2) http://www.onecommunications.com.my/
(Connector, antenna, kabel, microphone, Yaesu, ICOM, Kenwood, HF,VHF, HF/VHF/UHF, Larsen, Diamond, telefon satelit GPS Garmin etc)

3) http://www.9w2lrt.com/
(Belum sahkan lagi akan buka table tetapi mungkin akan tumpangkanmeja untuk jualan sticker callsign, antenna, GPS etc. Jangan lepaskanpeluangmemiliki set radio ICOM HF terbaik dalam kelasnya - 756ProIII.)

4) http://www.geocities.com/exteam99/
Baju T-Shirt Radio amatur(referwebpages Flea Market) oleh Fazil si Musang Liar. Terdapat beberapacorakbaju menarik berkaitan radio amatur dan kualiti baju yang terbaik.(sesuai dipakai masa tido sebab comfort).

5) Pelbagai Antenna original dari jepun jenama terkenal Comet(popularkat Jepun) seperti Rotary Dipole (20m,40m,80m) , VHF/UHF etc, RubberDuckie, teleskopik dan banyak lagi - En. Saifol 9W2UN

6) http://jurukaka.blogspot.com
Koleksi-koleksi buku projek antena HF, VHF, UHF, projek Litar-litarradio amatur, CD e-Book, sstv/rtty interface, 10M yagi etc.

7) http://www.divetenggara.com
Barangan outdoor berjenama Coleman, Deuter dan akan disenaraikan nanti
Produk dan harga: rujuk webpages penjual.

Jadi kalau anda bercadang untuk memiliki perkakasan radio amatur...jumpa kami di sana. Mesej dari penjual, jika berhajatkan sesuatu produk yang istimewa, yang sukar dicari atau bersaiz besar sepertiRotator etc .. hubungi seawal boleh sebelum mega flea marketberlangsung. Penjual akan cuba mendapatkan barangan tersebut denganharga terbaik.

Bagi mereka yang ingin menjual apa-apa barangan terpakai, baru, Radiotransceiver terpakai, kapasitor, valve, radio part, boardelectronics, antenna terpakai,majalah etc berkaitan radio amatur, bahan bercetak mengenai radioamatur, boleh ikut serta kami pada MegaFlea Market Amateur Radio di ARRD08 sempena meraikan 80 tahunberkembangnya hobi radio amatur di Malaysia.

Jumpa di sana!! :)






































Tuesday, October 21, 2008

Hari Raya @ Flea Market.....!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008. Flea Market Hari Raya akan diadakan Seperti di bawah:

Hari: Ahad
Tarikh: 9hb November 2008
Masa:9pagi sehingga 3Petang
Tempat:Rumah Kelab MARES.

Semua di jemput hadir pada hari tersebut. Kalau ada kuih raya lebih jgn lupa bawa untuk di kongsi bersama rakan rakan....hihi

sekian terima kasih.

Thursday, August 28, 2008

Special Flea Market untuk SWL....!!!

Salam sejahtera semua peminat dan penyokong amateur radio flea market. Satu Flea Market khas untuk SWL dan warga amateur radio sebelum bulan ramadan menjelma akan di adakan di kelab house mares seperti berikut:


Masa: 9 pagi sehingga 3 petang
Tarikh: 31 Ogos 2008
Hari : Ahad
Tempat : Kelab House Mares


Bersempena dengan itu juga satu talk akan diadakan khas untuk mereka yang telah lulus RAE baru baru ini. Talk ini akan di kendalikan oleh 9M2AU dan selepas itu akan di adakan sesi tandatangan 9m bagi mereka yang akan memohon AA. Oleh itu semua swl yang telah lulus RAE di jemput hadir pada hari tersebut.


Pihak Jawatankuasa Flea Market juga ingin mengucapkan tahniah kepada swl yang telah berjaya di dalam RAE baru baru ini dan bagi yang tidak berjaya peluang anda masih ada dan jangan putus asa.


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50 !!!! Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!...

Tuesday, June 24, 2008

Next Flea Market..Ogos 2008..!!!!

Next flea market akan diadakan pada :

Tarikh: 3 Ogos 2008
Masa: 0900 hrs until 1500 hrs
Tempat: Rumah Kelab MARES
Hari: Ahad

Flea Market bulan July ditangguhkan kerana semua peniaga Flea Market akan berada di MIDE '08 PWTC pada 4 July hingga 6 July 2008..........Jumpa anda disana......Jgn lupa bawa kaum keluarga sanak dan saudara ke MIDE '08. Sekiranya ada pertanyaan boleh menghubungi saudara fadzil 9W2WF di no 013-628 3407.

Tuesday, May 13, 2008

Grand Flea Market Kembali lagi!!!! :p

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Grand Flea Market kembali lagi!!!
Tarikh 1 JUN 2008 (AHAD)
Tempat seperti biasa di Perkarangan Kelab Mares Petaling Jaya



Peta? huh rujuk ini:-





Beberapa barang panas yang akan dijual kali ini

Trap untuk dipole antena, meliputi frekuensi HF yang popular dalam satu dipole. Memendekkan kepanjangan dipole anda. Frekuensi 80m,40m,20m,1m dan 10m. Juga Trap untuk frekuensi lain.


Qubical Quad VHF homebrew , kondisi terpakai. Rekod tx Klang ke Penang. Siapa cepat dia dapat!! Cuma 1 unit sahaja.



Antena yagi 10m homebrew 3 Elemen cuma RM350 seunit. Cuma seunit tinggal. Kondisi baru.


Macam biasa... Interface ni juga ada dijual kali ini


Produk baru dari gerai baru. Balun untuk dipole antena. Homebrew. Terdapat 3 unit dan berharga tidak sampai RM50 :)


Pandangan atas

Juga beberapa barangan yang di bawa pulang dari Hamfest, projek kit ARDF Beacon. bagi yang berminat berjinak-jinak dengan fox hunting, akan ada gerai menjual kit ini. Harga dimaklumkan RM35 satu kit.

Lain-lain info akan menyusul nanti... Jumpa di Flea market nanti ya!! :)


Datanglah beramai-ramai memeriahkan Grand Flea Market kali ini. Terdapat banyak gerai yang akan memberi anda pilihan aksesori radio amatur anda.